Sunday, January 22, 2012

Sunday, December 25, 2011

maafkan aku.

assalammualaikum.
maafkan aku andai aku yg bersalah.
aku hanya manusia biase
sesgguh nye aku sgt menyanyagi dan menyintai mu sepenuh hati ku
tapi kau hancur an hati aku
sampai aku dah tade perasaan dgn kau
hubungan yang terbina lebih 3 tahun
akhirnye terputus
bukan itu yg ku mintak
tapi aku manusia biase
ade perasaan.
jika betul kau menyanyagi dan mencintai ku
knp kau perlu layan aku mcm tu ?
knp?
dah byk kali aku bagi kau peluang
tapi akhirnye?
hati aku sakit kembali
kau ckp nak berubah?
tapi kau ta berubah.
mcm tu jugak
kenape ?
aku ta mintak duit ko.
aku ta mintak harta kau.
aku cuma nak ko call, mesej aku.
itu aje.
kau ckp aku makwe ko.
tapi mcm mane kau layan aku?
kau layan aku mcm kau tade makwe
lebih baik kau ta payah ade makwe
hati aku dah tak boleh terima kau.
tolong lah terima
antara kite dah tade pape.
maafkan aku.
aku dah tak dapat nak terus kan hubungan kite lagi.
andai kite ade jodoh.
INSYAALLAH kite akan bersama.

Wednesday, December 7, 2011

sesaat kau datang .

sesaat kau datang....
sesaat kau hilang....
kemunculan dirimu....
penuh misteri.....

kau mendekat.....
kau menjauh.....
kau tinggalkan diriku.....
sesudahnya kau menbuang
mencampakkan aku......

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu


Saturday, November 26, 2011

needlovemiss

malam yg MEMBOSANKAN dan SANGAT SUNYI tanpa dia :face37:
aku sentiase NEEDLOVEMISS dia.
hari hari . setiap mase. setiap saat aku menunggu mesej dari dia.
bile aku unline fesbok
aku WAJIB bukak fesbok dia
aku tegok suma gamba gamba dia
macam ayat "saya selalu tengok pic awak bila saya rindu"
"bila saya rindu saya akan tengok wall awak"
"bila saya rindu, saya tatap gambar awak sehinggi menitiskan air mata"
kadang kadang aku terpakse membz an diri
supaya aku lupa an die
tp aku sentiase igat dia
tertanye tanye dia tgh buat ape

layan lagu (kehebatan cinta) d hotfm
so sweeet.
automatik terigat kat dia :face72:
dia tengah watpe lah skrg erk question
sekarang dia berade d UM.
ade game kat UM
dekat sgt.
nak jumpe die
tp keta tade. duit ta byk. huh
tapi duit boleh mntak mama.
tade keta. nak naik ktm malas
arghhhhh. rindu nye aku kat dia.
nak nangis rase.
dulu dia selalu mesej "awak"
tapi srkg :120::120:
dulu kalau balik rumah
"awak jom wc"
arghhhhhhhh exclaim saya rindu sgt sgt sgt sgt sgt kat awak, ...
mungkin awak bz ataupun dh bosan gan sy :face32:
igat lagi awak penah anta mesej :
: "sy x dapat sembunyi an perasaan rindu kat awk"
tapi skrg :s::s::p:
mungkin awak bz

sy nak luah an kat awak tp ta mampu.
saya NEEDLOVEMISS awak sgt sgt sgt sgt :face36:

Saturday, November 19, 2011

UPSI impian ku :)

tahun depan tamat lah pengajian ku di KOLEJ POLY-TECH MARA, BANGI
pejam celik. pejam celik. hampir tamat pengajian ku di KPTM, BANGI.
umur ku pun dah 21 years old. kejap je.
berbalik pada tajuk utama.

UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS.
ini lah U yg aku nak masukk sgt setelah abis SPM
tp hasrat ku ta tercapai -.-
sob sob sob.
dan aku nekad, setelah aku abis diploma perakaunan ni
aku nak apply UPSI.
cos perakaunan atau mathematics.
tp impian ku nak DEGREE IN ACCOUNTANCY,
ni lah impian ku.
den aku nak apply jd cikgu maths standard one. heheheh
mmg ni cita2 ku :)
aku nak jadi mcm mama.
mama lah idola ku.
skrg mama smbung MASTER kat UKM.
mama mmg sgt HEBAT :)
mama tabah,kuat,semangat.
aku nak jadi sekuat,setabah mcm mama.
mama, farah sygg mama sgtt :)
mama lah idola fara :)

ok.
sdg aku belajar dgn ayu utk last paper.
aku un mengajak ayu masuk UPSI same2 dgn aku.
ayu pun nak.
tp kami takut kami ta dapat masuk
tu rezeki masing2.
kami hanya mampu berdoa :)
INSYAALLAH.
mudah2an kami dapat U yg sama.

tp faisal mntak aku masuk UPM
amik HR.
mmg sgt lahh tak ann.
aku sgt lah ta suke membaca!
NO! I DUN LIKE READING.
but i like reading novel.
hahahah~
tp mmg mimpi lah nak masuk UPM an.

impian ku nak masuk UPSI,
semoga impian ku tercapai.
AMIIN :)




macam macam .

assalammualaikum :)
lame sgt ta berblog.
setelah sekian lame baru hari ni rase nak berblog -.-
dh berbulan2 rase nye te berblog.
teramat lah bz.
sgt mcm2 nk cerita d blog ni .

pade 14.11.2011,
tamat lah paper final exam aku d kptm, bangi.
paper yg sgt aku suke.
MANAGEMENT ACCOUNTING.
alhamdulillah, aku dpt menjawab :)
bersyukur sgtt padaMU,
soalan sgt senang :)

lepas mgrib mama n babah amik ku d ostel :)
sgt seronok dpt balik umahh.
thank to kwn2 aku :
ayu,anis,fyda n yaya.
thanks a lot my friendss :)

tp aku jugak sedeyh -.-
hari terakhir aku ta bercakap lgsg dgn fana & erin. huh
aku ta tahu knp jd mcm tu.
aku pulak tido bilik ayu jerr.
yelahh.
aku ni jenis, kalo org ta bercakap dgn aku,
aku un diam lahhh.
aku un balik mcm tu je.
diorg pulak tade kat bilik.
hmm..
aku selalu cite kat ayu.
thanks ayu a.k.a tiramisu sudi dgr segala masalah aku :)


taun depan start 9.01.2012
aku mula praktikal.
huh. excited sebenar nye nak LI,
tp pade mase yg same takut jugakk~
aku mntak kat DEMC shah alam,
tp tahu dapat ke takk? -.-
jawapan nye DEMC akan bgthu hujung bulan 11 ni.
sgtt lambat.
lagi satu aku mintak kat EON kat glenmarie.
kat situ pun ta tahu lagi jawapan.
huh -.-
dah antar surat n resume baru aku tanye
ade elaun ke tak.. mmg bangang tau.
kat DEMC tu , ta tahu lagi.
kat EON tu tade elaun.
so TANAK. hahaha. REJECT.
ok. aku ade lagi satu pilihan,
syarikat audit firm d KL.
mama ta bg, sbb risau. huh
aku nak kat situ sbb ade elaun. hahhahaa
agak menyesal ta bg kptm alamat tu.
huh -.-
ni ta pasal2 kene g kptm balik. huh -.-
berbalik pade mama,
mama seboleh2 ta nak kat situ.
ma terlampau lampau lampau risau -.-
aku ckp kat ma,
ma, plis.. fara dh 21 years old. insyaALLAH berkat doa mama.
fara selamat. ma tamo la risau sgtt -.-
mama cume hmmm je.
huh -.-

SEKIAN :)

Monday, June 13, 2011

janji ALLAH utk mereka yg ingin b'kahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

.

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

.

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

.

6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

.

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?